GANGGUAN KETIKA TIDUR

ØGangguan ketika tidur sering berlaku apabila seseorang itu hendak lena, juga ketika sedang tidur nyenyak.

ØMungkin seseorang itu terasa perutnya ditusuk dengan jarum, lembing atau benda tajam yang tidak kelihatan.

ØDi langgar kenderaan menyebabkan darah kelihatan bertaburan.

ØDi terkam oleh makhluk yang menakutkan dan sebagainya sebaik-baik sahaja hendak lena.

ØSering bermimpi melihat makhluk ganjil, hitam , tinggi lagi menakutkan.

ØDi kejar dan ditangkap oleh makhluk besar lalu diselamkan dalam air menyebabkan pesakit terasa lemas, tercungap-cungap sukar bernafas.

ØMimpi melihat binatang yang menakutkan.

ØMimpi berada ditempat asing lagi menggerunkan seperti berjumpa mayat atau berjumpa orang yang meninggal dunia.

ØTerasa seolah-olah berada di awang-awangan, di tempat tinggi, di gunung ataupun hutan lalu jatuh ke bumi.


Gangguan yang menakutkan dan menyakiti seperti ini datang lagi sebaik-baik sahaja seseorang itu memulakan tidurnya lagi. Pengalaman seperti ini menyebabkan seseorang itu rasa takut dan bimbang hendak menyambung tidur.