TANDA-TANDA GANGGUAN SAKA

Tanda-Tanda Ada Gangguan Jin Yang Di Istilahkan Sebagai Keturunan Atau Saka Baka Dalam Sesebuah Keluarga Itu Antaranya :

ØMandul ( bukan sebab beradat seperti kemalangan yang teruk jatuh yang kuat bersukan )
ØSentiasa berlaku keguguran anak dalam kandungan
ØAnak hilang dalam kandungan bila sampai umur enam bulan keatas
ØMelahirkan anak yang cacat anggota atau fikiran atau kedua-duanya sekali.

Melahirkan anak yang buruk akhlak walaupun ulama besar kerana ada pada dirinya sifat-sifat seperti dibawah ini:

ØLekas marah atau panas baran
Ø Irihati
Ø Cemburu
Ø Jahat sangka
Ø Mimpi yang menyeronokkan yang jarang-jarang menjadi kenyataan
ØMenjelma masuk kedalam dirinya mengaku wali, nabi atau malaikat dengan menzahirkan beberapa yang mencarik adat sebagai bukti kebenarannya
ØMendatangkan perkara biasa melalui jalan yang luar biasa seperti batu, cincin, duit emas, keris dan sebagainya.

Golongan yang tiga ini juga bertindak sebagai KAHIN, ARROF atau MUNAJJIM dengan melayan manusia-manusia yang datang memohon pertolongan daripada mereka dengan segala rupa bentuk ilmu sihir seperti menceraikan manusia yang berkasih sayang, memisahkan anak dengan bapa, mendatangkan berbagai rupa bentuk penyakit yang dihajati disamping perkara-perkara yang baik.