PERBOMOHAN
MENURUT ISLAM
Menurut
Islam, hukum menggunakan khidmat bomoh atau seumpamanya dalam perubatan
tradisional terbahagi kepada dua iaitu harus dan haram.
Keharusan
menggunakan khidmat bomoh dalam perubatan tradisional tidak bersifat mutlak. Ia
dibatasi dengan syarat tertentu seperti;
Perubatan
bomoh itu menyebut nama Allah atau salah satu namanya.
Menggunakan
ayat Al-Quran dan doa yang diamalkan oleh nabi dan rasul.
Menyakini
bahawa perkara itu tidak dapat memberi kesan secara tersendiri, bahkan adalah
dengan ketentuan Allah SWT.
Perubatan
bomoh menjadi haram jika;
Cara
rawatannya itu bertentangan dengan syarak. Misalnya, menggunakan khidmat jin,
pemujaan, jampi, mentera dan sebagainya yang tidak mengikut cara rawatan yang
diharuskan oleh Islam.
Orang
yang berubat benar-benar beriktikad bahawa bomoh itulah menyembuhkan pesakitnya
tanpa bergantung kepada Allah.
Kesan
daripada amalan mempercayai bomoh ini sangat besar. Ia telah menyekutukan Allah
dengan sesuatu yang lain. Jika ia terus diamalkan, akan mendatangkan imej buruk
kepada Islam dari pandangan agama lain.
Akidah
adalah penentu kaitan seseorang dengan Islam, manakala syariah pula sebagai
pengukur keteguhan dan kekuatan akidah. Akidah Islam adalah akidah yang bebas
daripada sebarang unsur syirik dan khurafat. Syirik adalah pencemaran terhadap
akidah, sementara khurafat adalah pencemaran terhadap kewarasan berfikir.
Menggunakan
khidmat bomoh yang mengubati dengan cara yang salah seperti menggunakan khidmat
jin, jampi mantera dan pemujaan bukanlah jalan penyelesaian yang hakiki bagi
semua penyakit dan masaalah yang dihadapi. Usaha untuk menyelesaikan sesuatu
masaalah digalakkan oleh Islam. Tetapi, biar bertepatan dengan fitrah
kemanusiaan dan selari dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah.
Setiap
bomoh hendaklah merasakan bahawa setiap sesuatu yang dilakukannya itu kerana
takut kepada Allah. Pada masa yang sama, orang yang menerima rawatan daripada
bomoh pula harus memastikan rawatannya tidak bercanggah dengan Islam.
JAMPI
BOLEH GUNA AYAT AL-QURAN, BAHASA DIFAHAMI
Perbomohan
tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah SWT dan sifat-Nya atau maksud disebalik
kalimah atau nama Allah atau sifat-Nya. Contohnya, mengatakan ilmu bomoh
itu diterima terus daripada Allah atau kudratnya adalah kudrat Allah atau
melalui mimpi berjumpa wali, malaikat atau lainnya. Pengamalan bomoh tidak
boleh diertikan sebagai maksud yang tersirat daripada diri atau jasad dan roh
Rasulullah SAW, malaikat, nabi dan orang soleh seperti Nur Muhammad menjelma ke
dalam diri dan sebagainya.
Mengikut
Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang di keluarkan Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia;
Tidak
boleh memuja dan memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa atau peribadi yang
dipercayai boleh mendatangkan nasib baik atau buruk kepada seseorang. Contohnya
seperti wali syeikh, rijalul ghaib, roh datuk nenek, sahabat, hantu, dewa,
keramat, kubur, keris, busur, batu, kayu, cincin, kain kuning atau putih.
Tidak
boleh menggunakan tangkal dan azimat yang mengandungi rajah atau tulisan yang
tidak difahami seperti objek tertentu dan bercampur aduk dengan ayat Al-Quran.
Jangan menganggapkan tangkal mempunyai kuasa.
Penggunaan
Jampi Dibolehkan Dan Digunakan Dengan Syarat;
Menggunakan
ayat Al-Quran.
Menggunakan
bahasa yang difahami.
Jangan
mengiktikadkan bahawa jampi itu yang memberi kesan sehingga si pesakit menjadi
sembuh, sebaliknya Allah yang berkuasa.
Mengikut
garis panduan itu, tidak boleh mengamalkan bacaan tertentu yang tidak difahami
maknanya. Ia dikhuatiri mengandungi kata-kata pemujaan kepada berhala, iblis
syaitan atau nama berhala orang kafir serta bercampur aduk dengan Al-Quran.
Selain itu, tidak boleh membaca mana-mana ayat Al-Quran secara songsang seperti
Qul Huwallah.
Dalam
perbomohan Islam, tidak boleh menggunakan Al-Quran secara tidak wajar menurut
syarat. Contohnya, menggantung Al-Quran dan tunggu berpusing atau tidak untuk
dijadikan alas an tertentu. Jika berpusing begini, dan jika tidak, begini pula
maksudnya. Semuanya ini termasuk menghina Al-Quran ( Istihza’ ).
Perkara
lain yang dilarang adalah;
Meninggalkan
ibadat wajib yang dituntut Islam seperti sembahyang lima waktu dan puasa
Ramadhan ketika melakukan amalan perbomohan.
Tidak
boleh menggunakan perbuatan ‘menurun’, memanggil roh orang mati atau sebagainya
dalam kaedah perbomohan.
Perkara
lain yang perlu diberi perhatian mengikut garis panduan itu adalah mengenai
bayaran perkhidmatan atau pengeras. Sebarang pengeras tidak boleh digunakan
dalam perbomohan jika ia dikaitkan dengan untung nasib, buruk atau baik.
Bayaran
perkhidmatan hanya dibolehkan mengikut kesesuaian perubatan dengan tidak
terlampau tinggi hingga boleh memberatkan atau menindas dan tidak membawa
maksud tolong menolong.
Perbomohan
mengikut Islam juga melarang upacara yang mengandungi penyembahan, pemujaan,
memohon bantuan atau memperhambakan diri kepada kuasa atau tenaga ghaib seperti
mempersembahkan sedulang makanan dan menyembelih ayam.