Terimakasih diatas kunjungan anda ke blog kami........

ADAKAH ANDA MENGALAMI GANGGUAN PSIKOLOGI, GANGGUAN JIN ATAU MAKHLUK HALUS DAN SIHIR….?

Pertamanya, kewujudan makhluk halus mesti diakui. Dan kehadiran sesetengah dari jenis makhluk itu yang merosakkan, mengkhianati, memporak-perandakan, menyakiti dan mengganggu manusia juga mesti diakui. Banyak dalil-dalil dari Al-Quran dan hadis menyatakan tentang itu. Para cerdik pandai, terutamanya pakar perubatan barat juga kini telah mengakui bahawa kedapatan penyakit-penyakit yang dihidapi oleh manusia disebabkan oleh gangguan dari makhluk halus.

Kebanyakkan kita lebih mengetahui dan mempercayai bahawa golongan syaitan, jin, iblis dan sebagainya itu akan mengganggu umat Islam ketika mengerjakan ibadat khusus sahaja, seperti ketika solat, puasa dan lain-lain. Tetapi harus di ketahui bahawa gangguan dari makhluk halus itu mencakupi dalam urusan harian manusia seperti kesihatan, ketenteraman ( fizikal dan mental ), hubungan sesama manusia dan lain-lain lagi.

Gangguan tersebut juga boleh terjadi secara terus atau disebabkan oleh perbuatan khianat manusia kepada sesama manusia dengan menggunakan khidmat atau pertolongan dari makhluk halus baik secara langsung atau pun tidak langsung.

Secara umumnya, penyakit dapat dikatagorikan kepada dua, yakni sakit fizikal dan sakit yang disebabkan dari gangguan makhluk halus seperti jin, hantu, iblis dan sebagainya. Penentuan jenis penyakit akan ditentukan dengan menggunakan kaedah tersendiri dalam RAWATAN ISLAM AL-HAZ, agar tidak tersalah dalam menentukan jenis penyakit dan memberi rawatan. Kedapatan sesuatu penyakit itu kelihatannya seperti penyakit fizikal tetapi pada hakikatnya adalah disebabkan oleh gangguan makhluk halus dan begitu juga sebaliknya.

Islam menitikberatkan soal akidah, syariah dan akhlak. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber asal Al-Quran, hadis, ijmak dan qias adalah ditolak. Dalam urusan perubatan kepada pesakit, satu perkara perlu di ingat oleh semua pihak, bahawa hanya Allah berkuasa mutlak menentukan sesuatu dan menjadikannya, lebih-lebih lagi sakit dan sembuh adalah haknya. Manusia hanya disuruh berusaha dan berikhtiar.

Islam juga tidak membenarkan umatnya menggunakan sihir kerana Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “ Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan”. Sahabat bertanya: “Apakah tujuh perkara itu?”. Baginda menjawab: “ Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk”. – Hadis riwayat Al-Bukhari, Kitab Sahih Al-Bukhari, Kitabul Hudud, Bab 44 mukasurat 33.

Bagaimana pun umat Islam tidak dilarang untuk menggunakan jampi. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “ Berkat Abu Zubair, aku dengar Jabir Bin Abdullah berkata, seorang lelaki daripada kami telah disengat kala jengking. Ketika itu kami duduk bersama Rasulullah. Maka, berkata seorang lelaki wahai Rasulullah! Bolehkah aku jampi?. Baginda bersabda, “ Barang siapa yang mampu diantara kamu untuk memberi manfaat kepada saudaranya maka hendaklah dilakukan.”- Hadis riwayat muslim- Bab Istihbab Al-Ruqyah min Al-Ain wa An Namlah wal Hummah wal An Naqrah, jilid 9, mukasurat 5905.

Kami sedia membantu anda untuk menyelesaikan segala masaalah penyakit yang anda hadapi dengan izin Allah SWT. Jangan putus asa kerana harapan masih ada.....Insyaallah.

MANUSIA HANYA BERIKHTIAR TUHAN MENENTUKAN SEGALANYA, KESEMBUHAN ADALAH HAK MUTLAK TUHAN YANG MAHA ESA.



Alhamdulillah…..Kami bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia Nya kerana dapat menubuhkan RAWATAN ISLAM AL–HAZ yang berlandaskan kaedah cara perubatan Islam bagi penyakit gangguan makhluk halus ataupun penyakit fizikal bagi menggabungkan secara  sepadu iaitu PEMULIHAN–PENAWAR–KEBATINAN. Jesteru itu , penubuhan RAWATAN ISLAM AL–HAZ diharap dapat menyumbang kearah kebaikkan bersama. Apa juga kaedah yang digunakan, matlamat dan tujuan murninya ialah berikhtiar membantu para pesakit mendapat rawatan bagi meringankan penderitaan mereka, asalkan cara rawatan itu tidak mengandungi unsur-unsur syirik dan sebagainya.

Usaha untuk mendapatkan ubat bagi sesuatu penyakit telah dilakukan sejak zaman Nabi Allah Adam sehingga sekarang dan usaha ini masih berterusan. Jenis penyakit kian bertambah dan lebih rumit lagi dengan perubahan cara gaya hidup manusia dan perubahan dalam alam persekitaran. Walaupun Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, ‘ Bahawa setiap penyakit ada ubatnya melainkan penyakit tua dan mati’, masih banyak lagi kaedah perubatan yang belum kita ketahui. Apa yang kita ketahui hanya sedikit sahaja, Allah SWT yang maha mengetahui.

Walaupun berbagai jenis ubat telah diciptakan oleh manusia sehingga pada hari ini , namun masih banyak lagi penyakit yang belum diketahui punca dan ubatnya. Kita juga tidak terkecuali dari diserang segala jenis penyakit dan berbagai usaha serta cara dilakukan untuk merawat penyakit. Rasulullah SAW menggalakkan umatnya berusaha untuk mendapatkan ubat bagi setiap penyakit yang dihidapi. Malah baginda menekankan pentingnya pencegahan penyakit melalui langkah-langkah tertentu. Rasulullah SAW sendiri mempunyai kemahiran untuk merawat sesetengah jenis penyakit yang tertentu. Kaedah rawatan yang diamalkan oleh baginda berasaskan akidah dan nilai-nilai Islam.

RAWATAN ISLAM AL–HAZ adalah satu kaedah kombinasi rawatan atau ilmu perubatan yang merangkumi penyakit-penyakit fizikal dan juga penyakit yang disebabkan oleh gangguan dari makhluk halus, jin, syaitan, perbuatan sihir dan sebagainya. Disebalik sebagai satu ikhtiar untuk merawat pesakit sebagaimana yang dituntut oleh agama, jika dihalusi dengan lebih teliti tentang cara amalan, kaedah rawatan dan proses rawatan, semuanya itu menjurus kepada mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dalam menghadapi dan mengalami apa jua penyakit, kita mesti bersabar dan berusaha mendapatkan rawatan yang betul.InsyaAllah usaha kita akan diperkenankan oleh Nya.

Manusia haruslah sedar tentang bakat-bakat dan nilai-nilai yang Allah SWT ciptakan sebagai sebahagian daripada kejadian manusia itu sendiri. Pada kejadian manusia sudah ada bakat berkehendak dan membuat pilihan. Usaha dan ikhtiar tidak menyalahi takdir kerana Allah SWT telah menentukan sejak azali bahawa manusia memiliki bakat untuk berusaha, berikhtiar dan berkehendak.

Oleh yang demikian usaha tidak boleh dipisahkan daripada iman iaitu SABAR, SYUKUR, TAWAKAL DAN REDHA. Kita sebagai pesakit perlulah berusaha mencari dimana saja kita ketahui ada kaedah rawatan yang berkesan, khususnya rawatan yang berasaskan sains perubatan moden ataupun secara kebatinan yang tidak menyalahi agama.Disamping itu kita juga perlu berdoa kehadrat Ilahi dengan insaf atas musibah yang menimpa diri kita. Kita patut banyak bersabar dan bertasbih. Mungkin ini satu cubaan untuk menguji kesabaran kita, mungkin juga satu balasan bagi kesalahan yang telah kita lakukan dimasa lepas.

Apabila sahaja kita sembuh dari setiap penyakit, hendaklah kita terus memanjat rasa bersyukur kepada Ilahi, ucaplah ‘Alhamdulillah’ dengan penuh kefahaman dan rasa keinsafan.

Salam hormat dan ikhlas dari kami,
Rawatan Islam Al-Haz

MEMAHAMI PERSOALAN SIHIR

Menurut ulama, sihir adalah perkara yang dihasilkan dengan cara mendampingi syaitan yang tidak mampu dilakukan manusia. Ibnu Khaldun dalam kitab mukadimahnya mentakrifkan sihir sebagai ilmu mengenai cara melakukan persediaan yang membolehkan jiwa manusia memberi kesan terhadap anasir alam tanpa pedoman atau dengan pedoman sumber langit. Tanpa pedoman itu ialah ilmu sihir dan yang keduanya ilmu mengenai tilsim atau rajah.

Sihir adalah perbuatan yang mengelirukan pancaindera. Menyihirkan bererti membohongi dan membunuh kewarasan. Apabila berasa dua matanya disihirkan, itu tandanya orang berkenaan dikhayalkan dengan perkara yang salah. Perkataan sihir bermaksud menyadur sesuatu dengan helah dan khyalan, iaitu seseorang ahli sihir melakukan beberapa perkara dan pengertian hingga orang yang disihir merasai apa yang dihadapannya berbeza.

Menurut golongan Muktazilah, sihir hanya satu pembohongan tidak berasas.

Imam as-Syafie pula mengatakan sihir ialah was-was (keraguan) dan satu penyakit. Katanya punca sebenar sihir ialah tilsim yang digunakan untuk menimbulkan kesan cirri bintang.

Menurut Imam al-Qurtubi, sihir ada kebenarannya dan reality kerana Allah menjadikan apa saja perkara atau kejadian yang dikehendaki-Nya.

Sewaktu Rasulullah SAW disembuhkan daripada sihir yang menimpanya, baginda bersabda,”Sesungguhnya Allah telah menyembuhkan aku. Penyembuhan hanya berlaku dengancara menarik semula kesakitan dan menghilangkan penyakit”.

Ertinya, sihir adalah benar dan satu kenyataan. Ini keyakinan yang jelas menerusi pemberitahuan Allah dan Rasul-Nya mengenai kewujudan serta kejadian sihir. Pandangan ini dipegang oleh Ahlu al-Halli Wal ‘Aqdi yang menjadi rujukan berlakunya Ijma’ dikalangan umat. Jadi ia tidak diambil kira jika ada perbezaan pendapat oleh Muktazilah dan orang yang tidak sehaluan dengan mereka.

Menurut Farid Wajdi, orang yang berakal tidak meragui kewujudan sihir dalam aspek keberkesanannya. Al-Quran sendiri menyebut perkara ini (al-Baqarah: 102). Hanya syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir) mereka mengajar sihir kepada manusia.

Golongan Muktazilah dan sebahagian ahli sunnah menolak kewujudan sihir. Kata mereka, ia hanya sebentuk pembohongan, pengkaburan dan penyakit. Mereka menggangapnya sebagai ilmu silap mata saja. Antara dalil mereka ialah firman Allah (al-A’Araf : 116), Maka tatkala mereka melemparkan, mereka menyulap mata orang dan menjadikan orang ramai itu takut.Tegas mereka, mukjizat dan sihir akan bercampur aduk jika mengatakan sihir satu realiti.

Abbu Haiyyan dan al-Razi membahagikan sihir kepada lima, iaitu;

Berbentuk mengubah benda dan menciptanya menjadi seperti mukjizat dan karamah pada zahirnya seperti boleh terbang, melalui perjalanan jauh pada satu malam saja dan mengubah sesuatu menjadi emas atau sebaliknya. Bentuk sihir ini pada hakikatnya boleh berlaku menerusi penggunaan jin.

Berbentuk penipuan, pengkaburan dan silap mata yang tiada hakikat baginya. Ini pendapat golongan Muktazilah. Antara bentuk sihir ini termasuk pengkhayalan dan silap mata yang biasa dilakukan oleh pemain silap mata.

Berbentuk menggunakan perkhimatan jin dan memohon bantuan mereka untuk menggerakkan sesuatu atau memindahkannya. Jin terbahagi kepada dua jenis iaitu jin mukmin dan jin kafir (syaitan). Orang yang meminta bantuan syaitan dan menggunakan khidmatnya adalah ahli sihir (orang kafir). Jin mukmin menolak memberi bantuan kecuali untuk tujuan yang baik sahaja. Orang yang mahu bantuan jin selain tujuan itu tidak akan dilayan, sebaliknya mungkin mereka akan disakiti pula. Biasanya orang yang menggunakan syaitan memang menyembah syaitan dan bukan Allah ataupun mereka telah kufur sejak mula lagi. Inilah yang disyaratkan oleh syaitan kepada mereka sebelum memberi bantuan dan mentaati mereka.

Berbentuk susunan benda yang dikumpulkan. Diatas benda tersebut dibakar beberapa jisim, azimat dan nama bintang. Kemudian ia dijadikan peralatan sihir. Peralatan ini disusun merangkumi ungkapan yang bercampur aduk diantara ucapan kufur dan rajah.

Dengan cara ahli sihir mendakwa dia mengetahui sebuah nama yang teragung dan jin mengikut perintahnya dalam banyak perkara. Dengan cara itu dia dapat menguasai akal manusia dan melakukan kepada mereka sekehendak hatinya. Dia juga dapat mempengaruhi jiwa yang lemah menerusi sangkaan dan khyalan.

Al-Syaukani dalam tafsirnya menyebut sihir boleh memberi kesan pada hati, iaitu menimbulkan rasa cinta dan benci, mengumpul dan memisahkan serta mendekat dan menjauhkan. Allah berfirman (al-Baqarah : 102). ‘Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorang pun kecuali dengan izin Allah.’

Telah terbukti sihir boleh berkesan dengan sendirinya. Hakikatnya diterima kecuali oleh golongan Muktazilah dan Abu Hanifah.

Sufian meriwayatkan daripada Ammar al-Zahabi bahawa seorang ahli sihir pernah berada disisi al-Walid bin Uqbah lantas menunjukkan kebolehannya berjalan diatas tali, masuk menerusi dubur keldai dan keluar menerusi mulut binatang itu. Jundub lantas menghunus pedang dan membunuhnya. Lantaran itu Jundub digelar sebagai pembunuh ahli sihir.
Rasulullah SAW pernah menyebut mengenainya menerusi sabda: ‘Akan ada dikalangan umatku seorang lelaki yang dipanggil Jundub menghunus pedang dan menetak untuk membezakan diantara kebenaran dan kebatilan.

Al-Bukhari menyebut berita yang diperoleh daripada Abu Uthman an-Nahdi yang mengatakan : ‘ Adalah disisi al-Walid seorang lelaki yang bermain (melakukan sihir) dengan cara menyembelih seorang manusia dan mempamerkan kepalanya. Kami kagum, tiba-tiba datang Jundub al-Azdi terus membunuhnya.

Menurut Ibnu Khudamah, sihir ialah simpulan, jampi dan ungkapan yang diucap atau ditulis ataupun diamalkan. Ia memberi kesan pada tubuh orang yang disihir atau hati ataupun akalnya.

Sihir adalah realiti. Menurut Imam as-Syafie ia boleh membunuh, menyebabkan penyakit, menghalang suami menyetubuhi isterinya, memisahkan suami dan isteri serta menimbulkan rasa benci dan rasa kasih saying salah seorang daripada mereka.

Menurut al-‘Allamah al-Qurtubi,tiada siapa menolak perkara luar biasa menerusi ahli sihir yang diluar kemampuan manusia seperti sakit, pemisahan, menghilangkan akal dan membengkokkan anggota tubuh yang mustahil dapat dilakukan dengan keupayaan biasa. Kata mereka semua perlakuan luar biasa dilakukan sihir bukan perkara aneh. Namun yang menjadikan semua itu bukan sihir. Sihir bukan sebab berlakunya sebagaimana tukang sihir tidak berperanan dengan sendirinya.

Allah yang menjadikan semua perkara tersebut, mentakdirkan dan mewujudkannya ketika sihir itu wujud. Hal ini sama seperti Allah mentakdirkan dan menjadikan kenyang ketika menelan makanan dan hilang dahaga sewaktu meneguk air.

Al-Qurtubi mengatakan lagi bahawa ulama Islam telah sepakat bahawa dalam sihir tiada perkara yang Allah lakukan seperti menurunkan belalang, kutu, katak, pembelahan laut, menukar tongkat menjadi ular, menghidupkan orang mati, menuturkan binatang ternakan dan contoh lain termasuk dalam mukjizat rasul. Perkara sebegini wajib kita yakini bahawa Allah tidak melakukan dan ia tidak terjadi ketika tukang sihir mahukan ia terjadi.
Sesetengah ulama mengatakan harus mempelajari ilmu sihir kerana malaikat mengajarnya kepada manusia seperti disebut al-Quran. Pendapat ini dipegang al-Fakhrurazzi daripada kalangan ulama ahli sunnah.

Sesetengah pengikut Abu Hanifah pula mengatakan tidak kufur jika mempelajari ilmu sihir untuk mengelak daripadanya. Satu kumpulan pula mengatakan seseorang yang mempelajari ilmu sihir hendaklah meminta si pengajar menceritakan bentuk sihirnya. Jika bentuknya boleh menyebabkan kufur seperti akidah penduduk Babylon yang bertaqarub kepada bintang tujuh dan mempercayai bintang itu boleh menunaikan permintaan mereka, jangan belajar kerana boleh menjadi kafir.

Jika bentuk sihir itu tidak menyebabkan kufur tetapi ahli sihir beriktiqad bahawa sihir itu harus, maka dia kafir. Ini pendapat Imam as-Syafie.

Imam Malik, Abu Hanifah dan Ahmad mengatakan semua cara sihir diatas menyebabkan kafir.

Al-Alusi pula mengatakan sihir adalah haram sejajar dengan pandangan yang disebut oleh ulama kecuali ada faktor yang dibenarkan oleh syarak. 


CARA PEMBIAKAN JIN

Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh.Berbeza dengan Jin di mana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka Jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak Jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaanya sehingga ke hari kiamat.

Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan Jin dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.

Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin.

Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk Jin pula ialah " Jaan " yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu "Jaan" yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula yang kembali beriman kepada Allah.