Terimakasih diatas kunjungan anda ke blog kami........

ADAKAH ANDA MENGALAMI GANGGUAN PSIKOLOGI, GANGGUAN JIN ATAU MAKHLUK HALUS DAN SIHIR….?

Pertamanya, kewujudan makhluk halus mesti diakui. Dan kehadiran sesetengah dari jenis makhluk itu yang merosakkan, mengkhianati, memporak-perandakan, menyakiti dan mengganggu manusia juga mesti diakui. Banyak dalil-dalil dari Al-Quran dan hadis menyatakan tentang itu. Para cerdik pandai, terutamanya pakar perubatan barat juga kini telah mengakui bahawa kedapatan penyakit-penyakit yang dihidapi oleh manusia disebabkan oleh gangguan dari makhluk halus.

Kebanyakkan kita lebih mengetahui dan mempercayai bahawa golongan syaitan, jin, iblis dan sebagainya itu akan mengganggu umat Islam ketika mengerjakan ibadat khusus sahaja, seperti ketika solat, puasa dan lain-lain. Tetapi harus di ketahui bahawa gangguan dari makhluk halus itu mencakupi dalam urusan harian manusia seperti kesihatan, ketenteraman ( fizikal dan mental ), hubungan sesama manusia dan lain-lain lagi.

Gangguan tersebut juga boleh terjadi secara terus atau disebabkan oleh perbuatan khianat manusia kepada sesama manusia dengan menggunakan khidmat atau pertolongan dari makhluk halus baik secara langsung atau pun tidak langsung.

Secara umumnya, penyakit dapat dikatagorikan kepada dua, yakni sakit fizikal dan sakit yang disebabkan dari gangguan makhluk halus seperti jin, hantu, iblis dan sebagainya. Penentuan jenis penyakit akan ditentukan dengan menggunakan kaedah tersendiri dalam RAWATAN ISLAM AL-HAZ, agar tidak tersalah dalam menentukan jenis penyakit dan memberi rawatan. Kedapatan sesuatu penyakit itu kelihatannya seperti penyakit fizikal tetapi pada hakikatnya adalah disebabkan oleh gangguan makhluk halus dan begitu juga sebaliknya.

Islam menitikberatkan soal akidah, syariah dan akhlak. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber asal Al-Quran, hadis, ijmak dan qias adalah ditolak. Dalam urusan perubatan kepada pesakit, satu perkara perlu di ingat oleh semua pihak, bahawa hanya Allah berkuasa mutlak menentukan sesuatu dan menjadikannya, lebih-lebih lagi sakit dan sembuh adalah haknya. Manusia hanya disuruh berusaha dan berikhtiar.

Islam juga tidak membenarkan umatnya menggunakan sihir kerana Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “ Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan”. Sahabat bertanya: “Apakah tujuh perkara itu?”. Baginda menjawab: “ Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk”. – Hadis riwayat Al-Bukhari, Kitab Sahih Al-Bukhari, Kitabul Hudud, Bab 44 mukasurat 33.

Bagaimana pun umat Islam tidak dilarang untuk menggunakan jampi. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “ Berkat Abu Zubair, aku dengar Jabir Bin Abdullah berkata, seorang lelaki daripada kami telah disengat kala jengking. Ketika itu kami duduk bersama Rasulullah. Maka, berkata seorang lelaki wahai Rasulullah! Bolehkah aku jampi?. Baginda bersabda, “ Barang siapa yang mampu diantara kamu untuk memberi manfaat kepada saudaranya maka hendaklah dilakukan.”- Hadis riwayat muslim- Bab Istihbab Al-Ruqyah min Al-Ain wa An Namlah wal Hummah wal An Naqrah, jilid 9, mukasurat 5905.

Kami sedia membantu anda untuk menyelesaikan segala masaalah penyakit yang anda hadapi dengan izin Allah SWT. Jangan putus asa kerana harapan masih ada.....Insyaallah.

MANUSIA HANYA BERIKHTIAR TUHAN MENENTUKAN SEGALANYA, KESEMBUHAN ADALAH HAK MUTLAK TUHAN YANG MAHA ESA.