Diari Email Al-Haz 2

Salam hormat kepada semua pengunjung blog ini.Disini kami paparkan beberapa email yang telah dikirimkan untuk tatapan anda semua.

PERHATIAN:
Semua email adalah sulit dan persendirian maka kerana itu kami tidak menyiarkan nama sebenar.

Email 4

Saya ingin bertanya apakah punca penyakit jika terasa tapak kaki pijar dan panas.Kedua-dua belah begitu.kejadian ini sudah terjadi hampir 3 dah tahun.Untuk makluman , saya pernah terkena sihir tapi saya sudah sembuh.

Email 5
Assalamualaikum , sy dari perak . sy tertarik dengan laman web alhaz.Masalah saya ialah ayah saya mempunyai saka didalam badan dia. saya tahu dari seorang pengamal perubatan alternatif. saka ini kepunyaan arwah atuk saya dan kini sy tidak tahu siapa penjaga saka ini. ayah saya mempunyai sorang kakak yang sama diganggu saka. saya ingin membantu keluarga syah saya untuk membuang semua saka yang menggangu .

Bagaimana perubatan al haz boleh membantu? berapa kos perubatan ?
Ayah saya menetap di kg ayer hitam butterworth.

Email 6
Assalamuailaikum…Saya nak tanya bolehkah perubatan alhaz membuang saka?..kakak dan abg ipar saya sekarang nie ada saka yang mengikut dia..walhal mereka berdua tidak pernah menerima saka..dia ada bertanya kepada seorang ustaz mengenai saka yang menumpang di badannya,. Ustaz tu berkata saka di bdn abg ipar saya adalah saka harimau..Manakala kakak saya belum diketahui lagi.Cuma dia kata saka itu datang dari keluarga belah arwah mak saya..Kami berharap sangat  ada pihak yang dapat membuang saka2 berkenaan..Harap pihak encik/tuan memberi maklum balas..Kami tinggal di Shah Alam Selangor.
Terima kasih.

Email 7
Assalamulaikum, Saya nak tanya paksa saka perjodohan dan apa maksud "diikat" sama ada walaupun saya pergi ke mana - mana saja saya tetap akan kembali ke pangkuan laki kah?  Kalau saya sudah buang saka itu, sama ada jin yang disuruh ikat saya akan balik kepada siapa yang simpan saka sama saya??? kalau benar apa cara untuk membuang jin itu bagi orang yang simpan saka????

Sekian,