Diari Email Al-Haz

Salam hormat kepada semua pengunjung blog ini.Disini kami paparkan beberapa email yang telah dikirimkan untuk tatapan anda semua.

PERHATIAN:
Semua email adalah sulit dan persendirian maka kerana itu kami tidak menyiarkan nama sebenar.

Email 1
askum... saya nak tanya suami saya terkena gangguan makhluk halus. saya nak berubat dengan perubatan haz. saya dari terengganu. bila perubatan haz nak dtg terengganu.

Email 2
Asalammualaikum,  
Saya mempunyai sorang anak yg baru berusia satu bulan, kebelakangan ini dia selalu menangis malam dalm tempoh yang agak panjang, kekadang  hingga ke pagi..Adakah pihak anda mempunyai kepakaran dalam hal ini?

Email 3
Salam, Ustaz, saya amat memerlukan bantuan ..
Saya menghadapi masalah kasih dan sayang sekarang yg mana hidop saya amat celaru dan tidak tenteram sekali..ibadah spt solat juga terganggu..kisahnya begini


Saya mempunyai seorang abang angkat..mulanya hubungan kami mcm kawan2..tp saya banyak keluarkan modal wang ringgit dan byk membantu kewangan dia, sehingga dia mengaku saya sbg adiknya..tetapi sekarang dia bagaikan habis madu sepah dibuang... dia ada jumpa budak lain.. jadi diri saya ini ditinggalkan begitu sahaja...

Saya sayang sangat abang saya ini sbb:
1. saya dah berhabis banyak wang utknya
2.dia sgt open minded dlm bab2 sex dan peribadi
3.dia sangat berpengaruh
4.dia sangat perahsia yang saya rasa sgt teruja nak tahu melaluinya
jadi, sejak akhir2 ini, dia dah mengabaikan saya, takmahu meluangkan masa bersama...saya juga mengesyaki yg dia telah guna2kan saya ... mungkin dia ada 'ilmu' tp saya tak pasti...jadi saya selain dah berdoa pd Allah, saya mahu iktiar cara lain selain utk melindungi diri jika saya terkena 'buatan'nya.

Saya juga nak minta tolong  buatkan minyak pengasih dan penunduk  atau minyak dagu sekalipon supaya :
1.abang saya akan ingat saya setiap masa , membuatkan abang tak senang duduk kalau saya tiada di sisinya
2.abang saya akan melebihkan / mengutamakan saya melebihi orang lain   cth:kalo saya vs bos ajak keluar makan, abang akan pilih saya berbanding bos
3.abang saya akan sentiasa berterus terang dan tidak akan menipu atau berdalih dgn saya walaupon hal itu private dan peribadi.. saya cuma mahu kongsi pengalaman hidopnya sahaja
4. abang saya akan menjaga dan mengasihi  saya sampai bila2


Saya harap niat saya ini jelas dan ikhlas..tetapi,saya baru dapat tahu yang abang saya ini mempunyai pendamping dan pendinding diri yang kuat.. saya tak pasti kesahihan nya...dia juga mengamalkan sesuatu tanpa pengetahuan org lain.. jadi bagaimana mahu menundukkan dia??

harap ustaz dpt bantu saya...
harap dapat reply email ini dan kita boleh bincangkan langkah seterusnya.