Diari Email Al-Haz 3

Salam hormat kepada semua pengunjung blog ini.Disini kami paparkan beberapa email yang telah dikirimkan untuk tatapan anda semua.

PERHATIAN:
Semua email adalah sulit dan persendirian maka kerana itu kami tidak menyiarkan nama sebenar.

Email 8
Salam,Saya nak tanya berkenaan perubatan yang memanggil syeikh2 atau wali tetapi dalam proses perubatan itu masih menggunakan ayat Al-Quran dan doa serta ada menyebut nama Allah? Bolehkah kita mempercayai perubatan seperti ini?

Email 9
Assalamualaikum...Saya dari Sentul .

Ini cerita saya:-
Adik Ipar saya sudah terkena Ilmu Pengasih dan saya sudah coba beberapa kali cuba mendapatkan rawatan secara jarak jauh untuk mengobati adik sya tapi masih tidak ada apa2 kesan. Adik sekarang udah tidak mahu makan/minum di rumah kerana takut kami meletakkan sesuatu untuk mengobatinya. Menurut ustaz yang sya temui , lelaki yang 'guna-guna' kan adik saya orang yg berpengalaman utk memikat wanita dan memang kuat ilmunya , di ambil dari macam macam sumber sehingga dapat bertahan sampai sekarang (lebih kurang 7 bulan..).

Tapi, saya yakin, kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Kuat mana pun ilmu sihir seseorang, ayat-ayat Allah lagi kuat..Cuma saya belum menemui kombinasi/cara yang betul sahaja.. Saya cuma ingin mengubati  agar  HATI adik ipar saya beralih kasihnya dari lelaki tersebut kepada ayahnya/ibunya sendiri atau HATI adik saya tidak lagi tertarik kepada lelaki tersebut.

Sekiranya sihir itu membuat HATI adik saya terlalu suka kepada lelaki , tentu ada cara untuk membalikkan sihir tersebut, atau membuat agar HILANG HATI adik saya terhadap lelaki tersebut. Dengan pengetahuan dan pengalaman tuan  dalam bidang ini, saya tuan untuk memberi sarana penyembuhan.

Saya ingin ke tempat tuan dan berjumpa dengan tuan sendiri supaya saya boleh membawa gambar adik saya dan lelaki tersebut.Di manakah tempat perubatan dan waktu yang sesuai untuk mendapatkan rawatan? Wassalam

Email 10
Assalammualaikom wbt...apakhbar saya ali,saya seorang peniaga iks sahaja dah banyak tempat saya pergi berniaga tetapi ada sedikit masalah iaitu masalah dengan jualan saya tidak laris,sudah bermacam cara berserta doa selepas solat saya ihtiar bagi saya kemungkinan tiada rezeki oleh itu saya ingin bertanyakan mengenai rawatan untuk perniagaan berkemungkinan usaha saya ini memdapat keredhaan...adakah boleh untuk saya mencuba berihtiar dengan perubatan pelaris dengan pihak al haz?? dimanakah boleh saya berjumpa untuk rawatan pelaris perniagaan tersebut??