Diari Email Al-Haz 5

Salam hormat kepada semua pengunjung blog ini.Disini kami paparkan beberapa email yang telah dikirimkan untuk tatapan anda semua.

PERHATIAN:
Semua email adalah sulit dan persendirian maka kerana itu kami tidak menyiarkan nama sebenar.

Email 15
Assalammualaikum Dr. ( H ) Hj Hassan, Cikgu Anuar dan Dr. ( H ) Zaini,
Salam perkenalan dari saya insan yg daif ini yg berasal dari kota Singapura. Saya berminat sangat tentang perkara di atas tersebut.Jikalau saya ada waktu lapang, saya sering membaca atau mencari perkara-perkara bersangkutan dgn Mahluk halus, Jin atau Malaikat.
Saya amat tertarik dgn keterangan yg anda berikan tentang Asal Kejadian Jin. Sebenarnya saya sudah lama mencari atikal-atikal atau buku-buku menggenai Jin.Saya bersyukur kepada Allah Subahanah Wa'a ta a'al. Kerana beliau telah memberi anda ilmu dan anda telah menggunakannya atau menyampai kepada kita semua dgn sungguh-sungguh baik sekali.
Sungguh pun begitu saya ingin dan berharap dgn penuh harapan persoalan saya ini dapat dijawap oleh anda yg saya rasa penuh dgn ilmu-ilmu hikmah.
Persoalan saya :-
1) Apakah pendapat anda tentang bersahabat dgn Jin Islam. Ada pendapat mengatakan ianya tidak baik, boleh menmudaratkan, sirik dan sebagainya. Ada pendapat yg lain mengatakan tidak salah kalau niat dan akidahnya betul.
2) Bagaimanakah boleh kita ketahui atau menggelak tipu helah Jin Islam dan mencegahnya.
3) Bagaimanakah boleh kita ketahui ketinggian iman atau ilmu seseorang Jin Islam.
Saya sungguh-sungguh berharap jawapan daripada anda dan menunggu dgn penuh harapan.
Sekian terima kasih,Wasalam
Email 16
assalammualaikum....saya telah ditinggalkan kekasih sejak sebulan yang lalu..saya mohon bantuan untuk mendapatkan kembali kasih sayang darinya seterusnya menunaikan janjinya untuk mengambil saya menjadi isterinya yang sah..


Email 17
Boleh kah saya dptkan no tel utk pertanyaan ttg masalah istri saya?jika blh saya mahu berjumpa.

Email 18
Assalamualaikum,
Saya ingin membuat temujanji untuk mengenalpasti penyakit ibu saya yang belum pasti adakah mempunyai saka, ada gangguan makhluk halus atau disihir. Saya ingin kepastian, dan jika ada terus mengubati penyakitnya.Terima kasih.

Email 19
Salam...sy sakit dah 9 bulan...sy mengalami sakt susah nafas, selalu penat dan rasa lemah, kaki rasa berat bila berjalan, bdn selalu rasa sejuk tp kalau pegang rasa panas, tgn kaki selalu kebas. hospital dah pergi wat endoskopi(masuk kamera dlm perut)(nmpk gastrik), ultrasound, ecg, amik darah (kolestrol agak lebih), amik air kencing, amik najis, xray bln 8 thn lps...semua normal...tp xray br2 ni doktor kata ada tompok2 putih bhgn atas paru2 tp sy lihat dgn xray masa 2007 dulu sama saja bentuk & coraknya...dktr nk wat ct scan padahal sy dah buat ct scan kt swasta 5 bulan lps dan normal....dah berubat ngan ramai ustaz sana sini tp masih sakit cuma tak seteruk dulu.Dah beribu abis mengubat dan membeli mcm2 ubat tradisional apa sj yg disarankan orang.
Pertanyaan saya:
1)Boleh ker ustaz scan sy dr jauh?
2)Berapa kos pengubatan untuk memeriksa saya samada sakit fizikal atau spiritual?
Harap dapat jawapan segera untuk segera pula sy menghubungi ustaz.Allah jua yg menyembuhkan namun Allah menyuruh manusia beriktiar berubat...mungkin pertemuan sy dan ustaz direstui Allah dan segala permohonan dimakbulkan Allah. Insyaallah.
Email 20
Sy ingin bertnya tntng bagaimana cr nk mndptkn khidmat bantuan perubatan al-haz bg yg brada d sabah? apa yg perlu sy lakukn untuk mndptkn khidmat perubatan al-haz? sy sgt berharap agar pihak tuan dpt mbantu..